Monday, 23 July 2012

STAR 2nd EDITION: 4 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pada STAR 2nd Edition hari ini, ukhti Izreena berkongsi tazkeerah berkenaan dua do'a di dalam Surah Al-Imran. 

Do'a 1: Surah Al-Imran, ayat 8




Menurut Tafsir al-Khazin, ayat ini bermaksud do'a memohon ketetapan dalam hati akan iman dan hidayah yang dikurniakan oleh Allah. Sebilangan ulama pula mentafsirkannya sebagai memohon keampunan daripada Allah.

Menurut hadis riwayat Ahmad, al-Nasa'ei, Ibn Majah dan al-Hakim yang dianggap sahih, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Mizan itu berada di tangan Allah. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga hari kiamat. Hati manusia berada antara dua jari Allah Al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendakinya akan disesatkannya."

Amat digalakkan untuk kita hamba-Nya untuk sentiasa mengamalkan do'a memohon ketetapan hati sepertimana yang diamalkan oleh Nabi SAW.

Do'a 2: Surah Al-Imran, ayat 173



Menurut al-Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa do'a ini merupakan kalimah terakhir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi SAW. 
(Tafsir Fakhrurrazi)

Mari beramal dengan do'a-do'a ini insyaAllah. 

Sumber rujukan:



Sejurus selepas tazkeerah, muslimat-muslimat STAR 2nd EDITION masuk dalam kumpulan masing-masing dan bertadarrus. Alhamdulillah, juzuk 4 berjaya dihabiskan. InsyaAllah esok akan disambung dengan juzuk 5 pula.

Sedikit tazkeerah ringkas diberikan oleh ukhti Siti Fatimah Mukhtar sebelum bersurai. Beliau melontarkan soalan kenapa kita perlu bersusah-payah membetulkan bacaan Al-Qur'an sampai kadang-kadang terbelit lidah dan terhenti banyak kali kerana ingin dibetulkan bacaan oleh sahabat. Fatimah memberikan jawapan mudah, ia kerana kitab Al-Qur'an datangnya daripada Allah SWT dan diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Malaikat Jibril dalam keadaan dan bacaan yang penuh sempurna. Jadi sebolehnya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai bacaan yang tepat dan sempurna sepertimana sewaktu diturunkan kepada Nabi SAW. InsyaAllah sama-sama kita sabar, tabah dan bersemangat untuk memantapkan bacaan kita ya. 

Allahu'alam.

STAR 2nd EDITION: 2 Ramadhan 1433H

Assamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Bagaimana 'minggu induksi' dalam 'Madrasah Ramadhan' kali ini? Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah kalian inshaAllah :-)

Pada 2 Ramadhan yang lalu, muslimat-muslimat STAR Nottingham dikurniakan peluang oleh Allah SWT untuk menghabiskan juzuk 2, alhamdulillah. Dalam juzuk 2, ada satu ayat berkenaan kewajipan berpuasa yang ingin saya kongsikan bersama inshaAllah. Ia adalah ayat 183, Surah Al-Baqarah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”
(al-Baqarah: 183)

Berdasarkan ayat ini, Allah telah mewajibkan ibadah puasa kepada orang-orang beriman, dan di akhir ayat Allah SWT menyebut:


لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Semoga kamu bertaqwa”

Berdasarkan firman Allah ini, kewajipan berpuasa adalah pasti namun adakah puasa mampu menjadikan kita hamba yang bertaqwa?  Itu bukan kemestian, itu merupakan pilihan individu. Ia bergantung kepada diri kita sendiri, ie sejauh mana kita mahu peroleh melalui ibadah puasa yang kita jalankan. Adalah kita mahu menjadikan puasa ini sekadar kewajipan menahan diri daripada lapar dan dahaga semata-mata? Tanpa ada matlamat, perancangan dan pelaksanaan yang rapi untuk memperoleh ketaqwaan daripada Allah SWT? Rugilah kita wahai sahabat sekiranya begitu.

Dalam erti kata lain, sekiranya ia hanya difahami semata-mata untuk menahan lapar dan dahaga, kita hanya akan merasai lapar dan dahaga sahaja. Tetapi sekiranya kita memahami peranan puasa ini dengan lebih luas lagi sebagai latihan untuk mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, maka Allah SWT menyatakan .. “semoga kamu beroleh ketaqwaan”.


Jadi, mari sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, sama-sama kita sahut firman Allah ini, semoga Allah kurniakan kekuatan dan hidayah untuk kita sama-sama 'graduate Madrasah Ramadhan' dengan 'ijazah ketaqwaan' seperti mana firman Allah di atas, ameen :-)

Allahu'alam

Sumber: Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan. Tafsir Ibn Kathir

Saturday, 21 July 2012

STAR 2nd Edition: 1 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah kita masih dikurniakan peluang oleh Allah swt untuk mengikut 'universiti tarbiyah' pada Ramadhan kali ini. Syukur kepada Allah jua, pada 1 Ramadhan 1433H, muslimat-muslimat Nottingham dapat berkumpul di rumah ukhti Elyani, Hana Zainal, Hana Ali & Wani (59, Lace Street) untuk bertadarus.Alhamdulillah :-)

Sekitar STAR 2nd Edition: 1 Ramadhan 1433H:

Ukhti Fatirul membaca Al-Qur'an sambil didengari dan diperbetulkan bacaan oleh sahabat-sahabat yang lain


Membaca, mendengar sambil menghayati Kalam Allah


Look who's there! Dr Izyan yang baru bergraduasi beberapa hari yang lepas. Semoga semangat dan kecekalan Dr Izyan memberi motivasi kepada sahabat-sahabat yang lain inshaAllah. Mubarak Doc!


Kalau mengikut perancangan, untuk sesi STAR seterusnya, inshaAllah kita akan adakan sesi tazkeerah ringkas sebelum sesi tadarus. Dan kita akan cuba habiskan 1 juzuk setiap hari inshaAllah. Untuk hari pertama ni, saya teringin nak berkongsi doa selepas membaca Al-Qur'an yang selalu kita baca. Harap dapat sama-sama hayati maksudnya inshaAllah.

Ukhti Nadiah, koordinator STAR 2nd Edition membacakan doa sambil diaminkan oleh sahabat-sahabat yang lain.

Benarlah Allah yang Maha Besar dan disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.
Ya! Allah kurniakan manfaat dan keberkatan kepada kami dengan al-Qur'an
Segala pujian bagi Rab semua alam
Kami memohon keampunan daripada MU ya! Allah al-Haqqal Qayyum
Ya! Allah rahmatilah kami dengan al-Qur'an, serta jadikanlah al-Qur'an
sebagai ikutan, penyuluh, petunjuk dan kerahmatan kepada kami,


Ya! Allah ingatkan kami tentang apa yang kami lupa daripada al-Qur'an,
serta tunjukkanlah apa yang kami tidak ketahui daripada al-Qur'an, dan
mudahkanlah bagi kami untuk membacanya di waktu siang dan malam, serta
jadikanlah al-Quran sebagai hujjah bagi kami wahai Rab sekelian alam.


Kami meminta kepada MU apa yang Engkau ajarkan kepada kami, maka
berikanlah kepada kami ketika kami berhajat kepadanya, jangan sesekali
Engkau lupakan kami terhadapnya.


Selawat Allah ke atas sayyidina Muhammad, ahli keluarganya serta
sahabat-sahabatnya.


Allahu'alam.


Thursday, 19 January 2012

STAR++ Episod 3

Assalamualaikum wbt semua,

Alhamdulillah, walaupun musim peperiksaan dan tarikh tutup kerja kursus semakin menghampiri bagi kebanyakan pelajar di Nottingham, namun Allah telah mempermudah dan melapangkan masa sahabat-sahabat STAR++ untuk datang pada kali ini. Moga Allah mempermudahkan urusan kalian, ameen =D Baiklah tanpa melengahkan masa, mari kita terus sahaja kepada perkongsian sesi STAR++ minggu ini.

(1)Slot 1: Tafseer Surah Al-Inshirah 

Seperti sebelum ini, sesi STAR++ dimulakan dengan perkongsian berhubung tafseer Al-Qur'an. Minggu ini, saudari Izreena berkongsi dengan kita berhubung dapatan daripada podcast Ustaz Nouman Ali Khan melalui website Al-Bayyinah Institute. Perkongsian kali ini lebih menjurus kepada hubungan antara Surah Al-Inshirah dan surah sebelumnya iaitu Surah Ad-Dhuha (Surah 94 dan 93).

Memetik pesanan Ustaz Nouman Ali Khan sewaktu program "Divine Speech" anjuran Al-Bayyinah Institute di London tempoh hari, perkongsian beliau sewaktu ceramah dan podcast hanya berperanan sebagai "pemanas minda" sahaja. Apa yang lebih diharapkan adalah semoga perkongsian daripada beliau, dengan izin Allah mampu membuka hati-hati kita untuk bertambah kecintaan kepada setiap huruf, ayat, intonasi, laras bahasa dan segala-galanya tentang Al-Qur'an. Paling penting, moga kecintaan ini menambahkan motivasi kita untuk sentiasa berusaha mempelajari ilmu Al-Qur'an, ameen. 

Kedua-dua surah ini (Surah Ad-Dhuha dan Surah Al-Inshirah) amat dekat perkaitan dan hubungannya. Ketika zaman Nabi Muhammmad saw dahulu, sahabat baginda, Abdullah ibn Mas'ud ra pernah membaca kedua-dua surah ini dalam satu rakaat yang sama, berterusan tanpa ada kalimah basmalah antara kedua-duanyaa.

Terdapat beberapa hubungkait antara kedua-dua surah yang cuba dijelaskan oleh Ustaz Nouman Ali Khan melalui podcast beliau. Antara yang sempat dikongsi bersama sahabat-sahabat STAR++ adalah: 

(i) Kedua-dua surah ini ditujukan khas buat Rasulullah SAW. Penggunaan 'ك' yang membawa maksud literal 'you' (kata ganti nama diri kedua) dalam kedua-dua ayat ini merujuk khusus kepada Rasulullah SAW. 

Contohnya:
  أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ  (Al-Inshirah:1)
"Have We not opened your breast for you(Muhammad)" 

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى (Ad-Dhuha:3)
"Our Lord has neither forsaken you nor hates you(Muhammad)" 

Contoh surah-surah lain yang mengkhususkan Rasulullah SAW sebagai "target audience" adalah seperti Surah Al-Kauthar dan Surah An-Nasr.

(ii)Kedua-dua surah mengambil pendekatan "negative question" untuk meningkatkan rasa kehambaan dan kesyukuran kepada Allah SWT.

Contoh :
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
"Have We not opened your breast for you(Muhammad)?" (Al-Inshirah:1)


أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى 
"Did He not find you an orphan and gave you a refuge?" (Ad-Dhuha:6)

Ustaz Nouman mengibaratkan penggunaan "negative question" sebagai memberi soalan yang jawapannya sudah diketahui (soalan yang retorik). Kiranya, soalan ini bukanlah untuk dijawab tetapi lebih kepada menekankan hakikat sebenar dan hikmah kekuasaan Allah.

(iii) Kedua-dua surah membawa nada bahasa dan "tone" yang sama iaitu Allah menenangkan dan memberi kata-kata peransang kepada Rasulullah SAW.

(iv) Ayat-ayat terakhir kedua-dua surah memberi penekanan kepada nasihat buat seorang pendakwah/dai'e.

Contoh:
 وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ 
"And proclaim the grace of your Lord." (Ad-Dhuha:11)

 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ - وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
"So when you have finished, devote yourself to Allah's worship.And to your Lord turn intentions and hopes."(Al-Inshirah:7-8)

Ustaz Nouman menerangkan bahawa sebagai seorang dai'e, ada dua tugasan utama yang mana keseimbangan antara kedua-duanya amat penting untuk dicapai. Ayat terakhir Surah Ad-Dhuha menekankan peranan Rasulullah SAW untuk menyatakan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan Allah (dalam erti kata lain berdakwah kepada umat manusia). Menerusi dua ayat terakhir Surah Al-Inshirah, Allah menekankan kepentingan untuk Rasulullah SAW untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah (one-to-one ibadah) setelah melaksanakan tugasan dakwah kepada orang ramai. Pesanan ini juga ditujukan kepada para dai'e secara amnya. Jiwa seorang dai'e perlu sentiasa dibersihkan dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya di samping tugasan menyebarkan dakwah kepada umat manusia.

(v)
وَلَلاٌّخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الاٍّولَى
"And indeed the Hereafter is better for you than the present." (Ad-Dhuha:4)

 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً 
"Verily, along with every hardship is relief" (Al-Inshirah:5)

Dalam terjemahan ayat 4 Surah Ad-Dhuha, Allah menjanjikan sesuatu yang 'better' manakala dalam Surah Al-Inshirah ayat 5, Allah menjanjikan 'relief'. Ustaz Nouman menerangkan 'relief'(kelegaan/kesenangan) sebagai satu tingkatan yang lebih besar daripada 'better'(lebih baik). Sesuatu yang lebih baik tidak semestinya memberi kelegaan/kesenangan kepada kita. Misalnya, jatuh sakit boleh jadi lebih baik daripada sihat (bergantung kepada situasi) kerana sakit mendidik jiwa untuk sabar dan inshaAllah membantu untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Tapi, kesakitan secara fitrahnya tidak membawa kesenangan kepada kita.

Ustaz Nouman cuba menghubungkaitkan kedua-dua konsep ini sebagai satu bentuk penenangan jiwa atau peransang yang positif kepada Nabi Muhammad SAW. Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan membawa kesenangan kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW.

(2) SLOT 2: Tajweed dan Makhraj 

Seperti biasa, sebelum tadarrus dimulakan, saudari Fatimah terlebih dahulu akan membincangkan tentang tajweed dan makhraj. Kertas/soft copy makhraj (tempat keluar bunyi/tempat penghasilan bunyi) akan dikongsikan bersama kalian semua inshaAllah. Lebih mudah jika rujuk soft copy tersebut untuk ulangkaji di rumah.

Ustazah Fatimah mengajar makhraj dan tajweed melalui papan putih yang amat berjasa. 

Tajweed: Ikhfa' Haqiqi. Saya sertakan link video cara bacaan Ikhfa' Haqiqi oleh Ustaz Abdullah Idris. Moga bermanfaat.



(3) SLOT 3: Taddarus 

Alhamdulillah, para peserta STAR++ kali ini dibahagikan kepada 3 kumpulan. Ustazah Fatimah memantau di setiap kumpula untuk tolong mendengar, memperbetulkan bacaan dan menjawab sebarang persoalan terutamanya yang melibatkan cara bacaan.

Kali ini, STAR++ menerima kunjungan tetamu dari Nottingham Trent Uni iaitu saudari Ainnur, pelajar tahun akhir 'International Business'. Ahlan wa sahlan ya ukthi! :)

Gambar sekitar slot tadarrus:

 Kesibukan clinical attachment di Derby bukan penghalang bagi saudari Hazwani untuk meluangkan masa di STAR++ pada kali ini.

Ustazah Fatimah mendengar dan memperbetulkan bacaan dengan penuh tekun

Chocolate brownies yang disediakan oleh saudari Nadiah. Jazakillahu khayr!
(gambar ihsan en google, gambar sebenar tidak sempat diambil kerana begitu cepat sekali habis ye)
Sedap sangat alhamdulillah!! =D

Kepada yang masih menempuh peperiksaan, Bittaufiq wannajah fil imtihan! Dan kepada yang sudah tamat, mari taddabur ayat 7-8 Surah Al-Inshirah:

 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ - وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
(7. So when you have finished, devote yourself to Allah's worship.) (8. And to your Lord turn intentions and hopes.)


Assalamualaikum semua. Jumpa lagi di STAR++ Episod 4 inshaAllah :)

Tuesday, 3 January 2012

Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang

Salam,

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara. Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran

Saturday, 17 December 2011

What we did in KAFA class. (3 Disember 2011)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, praise to Allah the Almighty for with His blessings, another KAFA class was successfully held on 3rd December 2011 with a very good turn ups. The attendees were from all age range, from as little as 4 years old to as big (and wise) as 15 years old.

The day was started off with the recitation of suratul Fatihah and du’a, led by the ‘teachers’ and joined enthusiastically by the ‘students’.

First on the agenda was “What is my deen?”Sister Izreena shared a story about a muslim kid, the friends he had and how he treats them. Subhanallah! Everyone was very keen and excited to share their thoughts and knowledge. It is hoped that this story telling session will help in instituting a good akhlak in these young children through an interactive and enjoyable learning experience, InsyaAllah. After that, it was time for Asr prayer.

The next session was “How do I follow Islam?” Alhamdulillah, everyone knows when asked about the thing we must do before praying was to take wudhuk (ablution). The kids were shown a demonstration on the adab or etiquette of entering the toilet by Auntie Yentti such as:
1) recite the du’a upon entry
2) to walk in with the left foot
3) to cover the head
4) to wear slippers.

Before the prayer itself, the imam and the muezzin were appointed among the children. For that day, adik Ridhuan bravely stood up as the Imam and adik Naim courageously took the place of bilal to say out the Iqamah. The young ones were taught on the adab in solah. Few simple things were reminded and explained to the caliphs such as:

1) never walk across when someone is praying
2) where to line up and to line up in a straight line for a proper saff.

It is hope that in the next few KAFA classes, we would be able to teach the basic recitation in prayer and the meanings, insyaAllah.







Next in the agenda was “Who are they?” This is another story telling session which covers the topic on Seerah. This time it was a story about the Prophet Musa A.S. Once again, everyone was really participative and very inquisitive making the session an enjoyable one for both the students as well as the teachers.



After concluding the story telling session, the kids were divided into their groups for “The light of my life” session. The little caliphs were taught the Alquran using the Albaghdadi playtime method. While the senior caliphs read the Quran with the guidance from the teachers on the tajwid and makhraj.






The KAFA class was wrapped up with the “Islam is my way” session, which is presented to the caliphs in a more practical environment rather than theory. The beauty of Akhlaq in Islam was delivered during the snack time! The kids were offered some pizzas and hot chocolate as an evening snack. But first, they must all :
1) recite the du’a
2) wash their hands and be seated properly which they did very well considering the excitement and hunger over the delicious food .
They were also reminded:
1) to eat using their right hand, following the sunnah of our prophet, Prophet Muhammad S.A.W
2) to recite the du’a after a meal.





On the same note, we humbly welcome any contribution of food from parents as it does wonders in making the kids very happy and cooperative throughout the KAFA class…Healthy food yeah & please no chocolate or sweeties 
So that’s all for this week’s class and hopefully we’ll see you again next week insyaAllah.

Sunday, 11 December 2011

STAR++ Episod 1

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas kurniaan masa, peluang dan kesihatan kepada semua sisters Notts utk berkumpul dalam program STAR++ episod pertama ini. Walaupun lebih kurang sejam setengah kita berkumpul, aura dan kemanisannya jelas terasa, sehingga rasa tidak sabar-sabar utk bertemu lagi di episod yang kedua.

Seperti yang dijangkakan, sister Izyan kita masih lagi mengungguli rekod "THE EARLIEST BIRD" semenjak daripada STAR ramadhan yang lalu. Tahniah Sister Izyan yang tepat tiba di lokasi STAR++ pada jam 730pm dengan senyuman manis di wajah. Rasa-rasanya siapa yang bakal memecah rekod Izyan? Kita nantikan episod-episod yang akan datang.




Sedikit perkongsian nota daripada Star++ Episod 1:
1) Slot tafseer (rujukan:Tafseer Ibnu Kathir)Slot tafseer minggu ini dimulakan dengan perkongsian tafseer Surah Al-Fatihah. Saudari Nadiah memilih untuk berkongsi kalimah Ar Rahman dan Ar Rahim daripada ayat pertama surah Al-fatihah. Antara take home message adalah kita perlu menghayati pembacaan Al-Fatihah kerana setiap ayat tersebut seolah-olah seperti special conversation kita bersama Allah swt yang hanya boleh difahami dengan hati yang ikhlas memuji dan mengingati Allah. Hadith yang berkisar tentang ini ialah,


Muslim recorded that Abu Hurayrah said that the Prophet said,

«مَنْ صَلَى صَلَاةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا أُمَّ الْقُرْآنِ فَهِيَ خِدَاجٌ ثَلَاثًا غَيْرُ تَمَامٍ»

(Whoever performs any prayer in which he did not read Umm Al-Qur'an, then his prayer is incomplete.) He said it thrice.
Abu Hurayrah was asked, "﴿When﴾ we stand behind the Imam'' He said, "Read it to yourself, for I heard the Messenger of Allah say,

« قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: قَسَمْتُ الصّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ:

﴿الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ ﴾، قَالَ اللهُ: حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ:

﴿الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ﴾، قَالَ اللهُ: أَثْنى عَلَيَّ عَبْدِي، فَإذَا قَالَ:

﴿مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴾، قَالَ اللهُ: مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً: فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ:

﴿إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ﴾، قَالَ: هذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ:

﴿اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ ﴾، قَالَ اللهُ: هذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ»
(Allah, the Exalted, said, `I have divided the prayer (Al-Fatihah) into two halves between Myself and My servant, and My servant shall have what he asks for.' If he says,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

(1. In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.)

﴾الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ﴿

(2. All praise and thanks be to Allah, the Lord of existence.)

Allah says, `My servant has praised Me.' When the servant says,

﴿الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ﴾
(3. The Most Gracious, the Most Merciful.)

Allah says, `My servant has glorified Me.' When he says,

﴿مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴾

(4. The Owner of the Day of Recompense.) Allah says, `My servant has glorified Me,' or `My servant has related all matters to Me.' When he says,

﴿إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾

(5. You (alone) we worship, and You (alone) we ask for help.) Allah says, `This is between Me and My servant, and My servant shall acquire what he sought.' When he says,
﴿اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ - صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ ﴾

(6. Guide us to the straight path.) (7. The way of those on whom You have granted Your grace, not (the way) of those who earned Your anger, nor of those who went astray), Allah says, `This is for My servant, and My servant shall acquire what he asked for.').''


2) Slot tajweed
-Sister Fatimah telah berkongsi dengan kami ttg hukum mad wajib muttasil dan mad jais munfassil.Yang menariknya pada STAR++ episod ini, kita telah dihadiri oleh dua sisters kita dari Egypt, iaitu sister Khansa' dan Liyana. Dan kedua-dua sisters kita telah berkongsi beberapa ilmu berkenaan tajweed kepada semua yang hadir.




3) Slot tadarus
-Slot ini kami telah berpecah kepada tiga kumpulan kecil, dan bertadarus bersama-sama. Alhamdulillah, banyak yang dapat kami pelajari dari segi bacaan apabila mendengar dan diperbetulkan bacaan oleh sisters yang lain.