Thursday, 4 August 2011

4 Ramadhan 1432H-STAR day 4


Alhamdulillah! Akhirnya hujan turun pada hari ini, 4 Ramadhan 1432H. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi penghalang bagi warga muslimat untuk hadir ke Sisters' Tadarus (STAR) dan meneruskan bacaan juzu 6 dan 7.


Kumpulan juzu 7.



Izreena dan Izyan mewakili kumpulan juzu 6.



Bacaan doa selepas tamat membaca al-Quran



Wednesday, 3 August 2011

3 Ramadhan 1432H-STAR day 3


Warga muslimat Nottingham hari ini meneruskan "Sisters' Tadarus" (STAR) dengan bacaan juzu 4 dan juzu 5. Alhamdulillah jumlah muslimat yang hadir pada hari ini memberangsangkan walaupun hari agak panas dan melesukan. Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam mencari ampunan, rahmah dan pembebasan dari api neraka melalui Ramadhan kali ini.

Berbincang dan berkongsi ilmu.



Izyan memastikan bacaannya mempunyai makhraj yang betul sambil Kauthar menyemak.

Kumpulan juzu 5.

Jannah dan Wani menumpukan sepenuh perhatian.

Tuesday, 2 August 2011

2 Ramadhan 1432H -STAR day 2



Hari ini, "Sisters' Tadarus" (STAR) diteruskan lagi. Lebih ramai warga muslimat yang dapat hadir sehingga kumpulan kedua dibentuk bagi memudahkan bacaan dan semakan. Alhamdulillah, juzu 2 & 3 telah berjaya dihabiskan.

Kumpulan Juzu 2.

Laila menyemak bunyi dengung Nadiah.

Kumpulan Juzu 3.

1 Ramadhan 1432H & STAR Day 1




Alhamdulillah,"Sisters' Tadarus" (STAR) telah bermula pada hari ini bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H. Insha Allah STAR akan diadakan setiap hari sepanjang bulan mulia ini. Warga muslimat Nottingham yang dapat hadir telah berkumpul pada pukul 6.30 petang di 43, City Road, Dunkirk dan berjaya menghabiskan juzu pertama al-Quran pada hari ini.

Membaca al-Quran dan menyemak bacaan menggunakan telefon bimbit.

Giliran Fiqa membaca dan Ili menyemak bacaan.

Saturday, 30 July 2011

Sekitar kelas mengaji 29 Julai


Sessi mengaji tahap al-Baghdadi bersama Ustaz Faisal


Ustazah Anis bersama para pelajar al-Quran. Kelancaran dan latih tubi tajwid menjadi penekanan utama.


Sessi one-to-one memastikan setiap bacaan dapat disemak utk kelancaran dan ketepatan sebutan dan hukum tajwid.


Ustazah Nadiah tegas namun mampu memenangi hati para pelajar tahap al-Baghdadi.


Berhenti sebentar utk bergambar


Unsur warna digunakan utk menarik minat anak-anak kepada mengenali huruf-huruf Arab pertama mereka.



Saturday, 23 July 2011

Sekitar kelas mengaji 22 Julai


Para pelajar tahap a-Baghdadi bersama Ustazah Hana


Masing-masing ceria. Pujian dan galakann perlu sentiasa diberikan utk membimbing dan memberikan motivasi kepada anak-anak.



Kelas para pelajar tahap al-Quran.



Tekun dan patuh.



Semuanya bermula dengan satu huruf. Hari ini latihan intensif huruf Mim.

Saturday, 16 July 2011

Sekitar kelas mengaji 15 Julai

Kelas pada minggu ini dapat dilaksanakan, walaupun jumlah kehadiran sedikit menurun. Alhamdulillah wa syukru lillah atas nikmat kesungguhan, masa dan tenaga yang dikurnia Allah swt.

Bagi anak-anak di tahap al-Quran, mereka sudah memulakan latihan mingguan tajwid, bagi memantapkan penguasaan ilmu tajwid mereka. Ini kerana ada yang lancar bacaan mereka, namun penguasaan tajwid masih sangat lemah.



Beberapa orang kaum ibu turut sama membantu menguruskan anak-anak di tahap al-Baghdadi


Saudara Faisal @ Cha tekun mengajar dengan penuh kesabaran kepada anak-anak di tahap al-Baghdadi. Daripada tidak tahu kepada tahu.


Keceriaan anak-anak berpanjang. Minat harus sentiasa dibimbing.