Berdasarkan kajian, ramai kanak-kanak pada hari ini tidak mengetahui nama huruf-huruf hijaiyah. Mereka mahir membaca huruf yang bertanda baris. Contohnya “sin” adalah sesuatu yang ganjil bagi anak-anak kerana mereka lebih mengenali “ sa” , “ si” , “su” dan kesemua baris yang melibatkan bacaan mad dan tanwin. Kad Al-Baghdadi mampu mengatasi masalah ini dengan cara:
DAY 1: Aktiviti Kolaj – sila rujuk Buku Panduan m.s 22
Aktiviti ini dilakukan sebelum memperkenalkan bacaan pendek kepada anak-anak. Ia boleh dilakukan dalam bentuk bercerita atau “ story-telling” kerana anak-anak memang suka mendengar cerita.
Beitahu mereka, “ ini sin “ . Help them to complete the outline shape while telling your kids that we are going to know all the 9 miracle sounds that it’s gonna make! Maybe u can sing the song “ sa...si...su...saa...sii...suuu...san...sin....sun”
Setelah selesai, tampalkan hasil kerja anak di satu sudut. They would be so proud of their work! Sekali sekala...tanyalah...” huruf apa ni?”
(Seelok-eloknya gunakan sugar paper warna hitam sebagai latar belakang al-baghdadi 'corner' di rumah..anak pasti seronok melihat 'corner' akan dipenuhi oleh 3 kad setiap hari)
DAY 2 : KAPALTERBANG TINGGI (Bacaan Pendek)
Ingat – satu hari hanya 3 bunyi!!! Cara 3 kad diperkenalkan kepada anak memerlukan kreativiti orang dewasa kerana secara fitrahnya anak-anak dilahirkan dengan daya imaginasi yang tinggi. Kita perlu memandu imaginasi mereka dalam proses pembelajaran ini. InsyaAllah, ini akan menjadikan pemberjaran begitu menarik dan menyeronokkan. Terdapat 4 cara kreatif bagaimana untuk memperkenalkan 3 kad = 3 bunyi setiap hari. Setelah anak mahir ketiga-tiga bunyi tersebut, bolehlah tampal di "Al-Baghdadi corner".
PENTING : Anak-anak memerlukan latihan setelah mereka belajar 3 bunyi setiap hari. Rujuk buku Tamhid – setelah tamat 30 minit mengaji setiap hari. Hadiahkan mereka dengan bintang pada buku mereka jika mereka melakukannya dengan tepat! ;)
DAY 3: JOM NAIK KERETAPI KE BAGHDAD (Bacaan Panjang)
DAY 4 : TIGA BELON KUNING (Bacaan Tanwin)
DAY 5: PERMAINAN ULANGKAJI
Ini penting! Pastikan anak mengenal kesemua 9 bunyi asas yang dihasilkan oleh setiap huruf. Paling best main ular Baghdad!!! Semua 9 keping kad dengan 9 bunyi boleh are reshuffled & we can test them. Again, always give them reward kalau anak boleh membaca dengan betul dalam buku tamhid.
DAY 6 : ULANGKAJI SETIAP PELAJARAN
Game Paling best : cong Baghdad
(sebab ada 27-36 kad utk reshuffle)... kalo anak takde masalah baca kesemua kad, boleh terus buat ujian sintesis.
Rujuk buku tamhid – kotak paling bawah sekali dinamakan sintesis. Ulangkaji ini penting kerana anak-anak telah pun selesai menganalisis kesemua bunyi yang dihasilkan oleh setiap huruf.
Dalam proses perkembangan kanak-kanak, analisis huruf ini diibaratkan seperti pecahan puzzles. Jadi, minda anak-anak perlu dilatih untuk combine all the puzzles. Here comes the sintesis part. Alhamdulillah di PASTI- terbukti pendekatan ini Berjaya!anak-anak mahir membaca kesemua gabungan huruf dalam part sintesis.
InsyaAllah, kami akan usahakan video untuk membantu ibu bapa menggunakan kad dengan lebih berkesan. Akan di kongsikan di facebook ini. Ya Allah..mudahkan segala usaha murni ini..
No comments:
Post a Comment