Tuesday 23 August 2011

23 Ramadhan 1432H-STEM day 2

Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Free picture collage made with Smilebox

Alhamdulillah, hari ini warga muslimat meneruskan hafazan masing-masing. Ada yang memilih ayat-ayat Surah Nuh, Surah Maryam, Surah al-Kahfi dan Surah Luqman. Lalu masing-masing bersemangat berkongsi bacaan masing-masing tentang surah pilihan mereka.

p.s. bagi yang belum berpeluang menyertai STEM, sukalah saya menekankan di sini bahawa ayat-ayat hafazan yang dipilih tidaklah semestinya daripada surah-surah yang panjang. Semoga semua yang datang hanya mencari redha Allah SWT dan saling bantu-membantu sesama rakan STEM.

Semoga berjumpa lagi esok Insha Allah!

Monday 22 August 2011

22 Ramadhan 1432H-STEM day 1

Hari ini merupakan hari pertama "Sisters' Memorizing" (STEM). Warga muslimat yang hadir memeriahkan majlis hari ini menghafaz ayat-ayat pilihan masing-masing daripada pelbagai surah.


STEM; bahagian pertama - menghafaz selama 40 minit.



STEM; bahagian kedua - Memeriksa hafazan rakan STEM sehingga berpuas hati.


STEM; bahagian ketiga - terbuka untuk sesiapa yang hadir berkongsi apa-apa yang mereka mahu tentang surah pilihan mereka. Hari ini warga STEM yang hadir memperoleh pelbagai pengetahuan baru melalui bahagian ketiga ini. Ada yang menceritakan pengalaman sendiri dengan surah pilihannya, ada yang berkongsi fadhilat surah Al-A'la daripada hadis-hadis dan ada juga yang menceritakan sedikit sebanyak tentang peristiwa yang berlaku sekitar turunnya Surah al-Kahfi.

Selain dapat mendisiplinkan diri menetapkan masa untuk menghafaz al-Quran, STEM juga membolehkan warga muslimat mempelajari ilmu tentang pelbagai surah dalam ruang masa yang kecil.

Jumpa lagi esok, Insha Allah!

Sunday 21 August 2011

21 Ramadhan 1432H-STAR day 21

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Sisters' Tadarus (STAR) yang bermula 1 Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, warga muslimat Nottingham telah meletakkan komitmen yang sangat tinggi terhadap STAR sepanjang keberlangsungannya. Semoga amalan-amalan diterima oleh Allah SWT. Tahniah diucapkan!

Dengan berakhirnya STAR, bermulalah lembaran baru bagi warga Muslimat Nottingham dalam usaha menjadi lebih baik pada hari esok berbanding hari ini dengan Sisters' Memorizing (STEM) yang akan bermula esok hari Insha Allah.

Semoga terus istiqamah!

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap." Asy-syarh 94:7,8.

20 Ramadhan 1432H-STAR day 20

Warga STAR meneruskan bacaan juzu 29 dengan penuh bersemangat!

Ayat renungan hari ini menggesa pembacanya untuk merebut segala peluang yang Allah berikan di dunia ini. Semoga kehidupan yang dijalani hari ini membantu kita di "masa hadapan" kelak. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian Insha Allah.

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan." Al-Mulk 61;15

19 Ramadhan 1432H-STAR day 19

Alhamdulillah hari ini warga muslimat meneruskan tadarus dengan bacaan juzu 28 dengan tunjuk ajar "Abdullah Idris". http://www.youtube.com/watch?v=c2q4KOaKCjM.


Warga STAR bergambar dengan Abdullahidris2009

Tiupan motivasi untuk semua hari ini:

"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya...." Surah At-Talaq, 65:2,3

Friday 19 August 2011

18 Ramadhan 1432H-STAR day 18

Warga STAR yang hadir hari ini meneruskan bacaan juzu 27.


Dr. Irina menghadirkan diri selepas habis bertugas untuk hari ini.

Izreena merenung ayat Quran di hadapannya.

Bersesuaian dengan gambar di atas, mari renungkan ayat pilihan hari ini:

"Dan orang-orang yang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya." Surah At-Tur, ayat 21.

Semoga ahli keluarga kita semuanya sentiasa berada di dalam petunjuk dan belas kasihan Allah sehingga bersama-sama beroleh syurga, insha Allah.


Warga STAR menjamah cekodok pisang pemberian Izyan semasa berbuka.

Thursday 18 August 2011

17 Ramadhan 1432H-STAR day 17


Alhamdulillah, warga muslimat hari ini menyambung tadarus dengan bacaan juzu 26.



Semasa memeriksa bacaan Nadiah, kami mendapati terdapat "typo" dalam beberapa mushaf yang digunakan di kalangan kami di mana huruf "ghain" ditulis pada tempat huruf "'ain" dalam ayat 15 Surah Muhammad dalam perkataan "faqotto'a" (menjadi "faqottogho" di dalam "typo"). Lihat gambar di bawah:


"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!" Surah Muhammad, ayat 15.


Jannah tercuit hati.


Kauthar memotong cheesecake yang sangat lazat buatan sendiri untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan STAR.

Fiqa dan seri mukanya "fresh from the oven".

Pabila barat bertemu timur.

16 Ramadhan 1432H-STAR day 16

Hari ini warga muslimat menyelusuri juzu 24 dan 25 al Quran...


Rancak bertadarus.

Izyan yang tidak lekang dengan senyuman.

Ayat untuk dimenung-menungkan hari ini dipetik daripada Surah Asy-Syura, ayat 27 dalam juzu 25:

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana) akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. "


Warga STAR berterima kasih kepad Izyan atas pemberian chocolate chip cupcakes kepada semua hari ini.








Tuesday 16 August 2011

15 Ramadhan 1432H-STAR day 15

Hari ini warga muslimat Nottingham menyelusuri juzu 23. Melalui sebahagian ayat-ayat surah As-Saffat, Allah menceritakan dialog di antara dua ahli syurga pada masa hadapan. Saksikan :

Lalu mereka berhadap-hadapan antara satu sama lain sambil bercakap-cakap. Berkatalah salah seorang di antara mereka, "Sesungguhnya aku terdahulu (di dunia) pernah mempunyai seorang teman, yang berkata, 'Apakah sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)?" Apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?' "

Dia berkata, "Mahukah kamu meninjau (temanku itu)?" Maka dia meninjaunya, lalu dia melihat (teman)nya itu di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.

Dia berkata, "Demi Allah, engkau hampir saja mencelakakanku, dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka). "
As-Saffat, 50-57.

Semoga kita menjadi manusia yang benar-benar yakin akan hari pembalasan dan dilindungi daripada menjadi orang yang "mencelakakan" diri sendiri juga teman-teman sekeliling...




Sunday 14 August 2011

14 Ramadhan 1432H-STAR day 14



Alhamdulillah, walaupun hari ini merupakan hari yang mengandungi tahap debunga (pollen) yang tinggi dan menyebabkan "hay fever" berleluasa, warga STAR tetap hadir meneruskan tadarus dengan bacaan juzu 22.

Ayat menyentuh hati dari juzu 22:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah (al-Qur'an) dan melaksanakan salat dan menginfakkan sebagian rezeki yang kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka dan menambah kurniaNya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri." Surah Fatir, 35: 29,30.






13 Ramadhan 1432H-STAR day 13

Di samping STAR, hari ini juga diadakan majlis ilmu yang membincangkan Ramadhan sebagai bulan diturunkan al-Quran di Sisters' Prayer Room di dalam kampus universiti. Sister Lubna yang berkongsi ilmu dalam majlis tersebut menekankan kepetingan umat Islam hari ini untuk memahami dan beramal dengan al-Quran, bukanlah hanya menumpukan kepada bacaan (recitation) semata-mata. Semoga warga Nottingham berpeluang mempelajari quranic arabic pula di masa hadapan, Ameen!

Ayat renungan daripada juzu 21 yang dibaca hari ini:

"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman." Ar-Rum, 30:36,37





Friday 12 August 2011

12 Ramadhan 1432H-STAR day 12

STAR menyelusuri juzu 20...


Cak.


if(S)TAR

Cekonat- sawo matang bagaikan cekodok, empuk bagaikan donat

Mari renungkan ayat pilihan daripada juzu 20 hari ini:

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membuat kerosakan." Al-Qasas 28:77

Thursday 11 August 2011

11 Ramadhan 1432H-STAR day 11

Warga muslimat Nottingham meraikan kedatangan sepuluh kedua Ramadhan hari ini dengan meneruskan bacaan juzu 19.


STAR melewati doa ringkas nabi Ibrahim AS dalam juzu 19 hari ini, yang berbunyi:

"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh." Asy-Syu'ara', 83








Wednesday 10 August 2011

10 Ramadhan 1432H-STAR day 10


Hari ni berakhirnya 10 hari pertama bulan Ramadhan. Alhamdulillah warga muslimat Nottingham menunjukkan komitmen yang sangat baik dalam menghadiri Sisters' Tadarus (STAR) dalam hari-hari tersebut. Semoga Allah menerima amalan-amalan kita.

Tadarus diteruskan lagi dengan juzu 17 dan juzu 18 pada hari ini. Warga muslimat melewati Surah al-Anbiya', Al Hajj, Al Mu'minuun, An-Nur dan al-Furqan. Setiap satunya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Izreena, dalam kumpulan juzu 17 yang kelihatan terhibur.

Kumpulan juzu 18.

Berita gembira dari juzu 17:

"...Dan sampaikanlah (Muhammad) berita gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). Iaitu orang yang apabila disebut nama Allah hati mereka bergetar, orang yang sabar atas apa yang menimpa mereka, dan orang yang melaksanakan solat dan orang yang menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka." Surah al-Hajj, ayat 34 & 35.

Selamat memasuki Ramadhan fasa kedua!

Tuesday 9 August 2011

9 Ramadhan 1432H-STAR day 9

Alhamdulillah hari ini warga muslimat STAR yang hadir meneruskan bacaan juzu 15 dan 16. Semoga Allah mengurniakan rahmat keselamatan dan ketenangan dengan berkat tadarus hari ini, tatkala United Kingdom kini berada dalam kekacauan.

Bersesuaian dengan suasana, hari ini ayat renungan terpilih adalah bacaan doa Ashabul Kahfi semasa mereka berlindung daripada kaum mereka, dalam juzu 15:

"(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua lalu mereka berdo'a, "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami." Surah al-Kahf, ayat 10.


Wajah-wajah bersemangat walaupun kepenatan setelah seharian di hospital.


Kumpulan juzu 15 khusyuk mendengar bacaan Kauthar.

Monday 8 August 2011

8 Ramadhan 1432H-STAR day 8


Warga muslimat Nottingham hari ini meneruskan lagi Sisters' Tadarus (STAR) dengan bacaan juzu 14.
Multi-tasking

Izyan yang sering menjadi ahli STAR hadir paling awal. Semoga terus istiqamah

Ayat renungan dari juzu 14 yang terpilih hari ini adalah janji Iblis dengan Tuhannya:

"Ia (Iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang terpilih antara mereka.""
Surah Al Hijr Ayat 39.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan "yang terpilih antara mereka" Insha Allah.
Jumpa lagi esok!

Sunday 7 August 2011

7 Ramadhan 1432H-STAR day 7




Hari ini warga muslimat menghadapi cabaran tempat-tempat bacaan istimewa dalam al-Quran dalam juzu 12 dan juzu 13.

Antaranya:


Surah Huud, ayat 41.

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya
maj + roo + haa

ataupun
maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil
Al-Imalah (الإمالة)

Dan lagi satu:


Surah Yusuf, ayat 11.


Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua
nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu
nun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah
Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil
Al-Isymam الإشمام


Ada 2 lagi tempat istimewa yang boleh dirujuk dalam blog beralamat di bawah.


Akhir kata, kami dari STAR mengucapkan terima kasih kepada Kak Wardah yang mengajar kami dan blog http://effysaiful.blogspot.com/2011/03/4-tempat-pelik-dalam-al-quran.html yang digunakan sebagai rujukan bagi entry kali ini.



Sekitar kelas mengaji 6 Ogos



hari ini hari pertama kelas mengaji diadakan pada bulan ramadhan, tempoh puasa sekitar tempoh lebih 16 jam nyata tidak mematahkan semangat adik-adik cilik untuk menimba ilmu tajwid dan memperbaiki bacaan quran..

adik-adik kelas quran (tahap 1) hari ini diperkenalkan dengan mad lin dalam kelas tajwid, dan rata-rata mereka berjaya mengaplikasikan tajwid mad lin ke dalam bacaan quran dengan baik dan sempurna. tahniah diucapkan.

pengalaman luas mengendalikan slot STAR@Ramadhan digunakan sepenuhnya oleh Ustazah Anis dalam membantu adik-adik cilik mahir mengenal dan membaca jawi.

bau-bauan menu iftar yang menyelerakan di atas dapur nyata dapat ditangkis dengan bijak oleh Ustazah jemputan, Dr Wani yang didatangkan khas dalam mengendalikan adik cilik kelas tahap 3.

Ustazah Nadiah mengaplikasi Skinner's Behavioural Theory dalam pengajaran teknik Al-Banghdati berjaya mencuri tumpuan adik-adik cilik.

tema read, play and capture terus diketengahkan bagi membolehkan adik-adik cilik lebih ceria sepanjang kelas mengaji.



Saturday 6 August 2011

6 Ramadhan 1432H-STAR day 6


Sisters' Tadarus (STAR) pada hari ini juga disertai oleh Dr. Irina dan El. Warga muslimat yang hadir meneruskan bacaan juzu 10 dan 11.


Kumpulan juzu 10 yang merupakan gabungan pelbagai peringkat usia.


Bacaan Nadiah yang menyentuh hati ahli-ahli kumpulan.

Nyata stres dalam memulakan kerjaya di Mansfield bukanlah penghalang untuk hadir ke STAR.

Bersalam-salaman sebelum pulang.

Ayat renungan hari ini dari juzu 11:

"Dan tidaklah engkau berada dalam suatu urusan, dan tidaklah membaca suatu ayat al-Quran serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan kami menjadi saksi atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikitpun dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah, baik di bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan yang lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)." Surah Yunus,61.




Friday 5 August 2011

5 Ramadhan 1432H-STAR day 5

Hari ini, majlis diserikan lagi dengan kehadiran Kak Wardah, setiausaha Islamic Society, University of Nottingham. Semoga kami dapat menimba ilmu lagi daripada Kak Wardah pada hari-hari yang akan datang, insha Allah.

Warga muslimat hari ini meneruskan bacaan juzu 8 dan juzu 9.

Kak Wardah, belajar bertarannum dengan ibu bapa sejak kecil.


Kumpulan juzu 8 yang ceria.


Kumpulan Juzu 9 yang mempunyai tahap penghayatan yang mantap sehingga memejamkan mata.


Merujuk Quran Explorer bagi memantapkan bacaan.


Kuih bingka roti yang dibekalkan Ili bagi semua yang hadir hari ini.


Akhir kata, disertakan di sini doa Nabi Musa dalam juzu 9 yang dibaca hari ini:

"Dia (Musa) berdoa, "Ya Tuhanku, Ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu, dan Engkau adalah Maha Penyayang dari semua penyayang." 7:151

Ameen! Bagi yang tidak dapat hadir sebelum ini, jemputlah datang hujung minggu ini!