Kelas pada minggu ini dapat dilaksanakan, walaupun jumlah kehadiran sedikit menurun. Alhamdulillah wa syukru lillah atas nikmat kesungguhan, masa dan tenaga yang dikurnia Allah swt.
Bagi anak-anak di tahap al-Quran, mereka sudah memulakan latihan mingguan tajwid, bagi memantapkan penguasaan ilmu tajwid mereka. Ini kerana ada yang lancar bacaan mereka, namun penguasaan tajwid masih sangat lemah.

Beberapa orang kaum ibu turut sama membantu menguruskan anak-anak di tahap al-Baghdadi

Saudara Faisal @ Cha tekun mengajar dengan penuh kesabaran kepada anak-anak di tahap al-Baghdadi. Daripada tidak tahu kepada tahu.

Keceriaan anak-anak berpanjang. Minat harus sentiasa dibimbing.
No comments:
Post a Comment