Alhamdulillah, walaupun musim peperiksaan dan tarikh tutup kerja kursus semakin menghampiri bagi kebanyakan pelajar di Nottingham, namun Allah telah mempermudah dan melapangkan masa sahabat-sahabat STAR++ untuk datang pada kali ini. Moga Allah mempermudahkan urusan kalian, ameen =D
Baiklah tanpa melengahkan masa, mari kita terus sahaja kepada perkongsian sesi STAR++ minggu ini.
Seperti sebelum ini, sesi STAR++ dimulakan dengan perkongsian berhubung tafseer Al-Qur'an. Minggu ini, saudari Izreena berkongsi dengan kita berhubung dapatan daripada podcast Ustaz Nouman Ali Khan melalui website Al-Bayyinah Institute.
Perkongsian kali ini lebih menjurus kepada hubungan antara Surah Al-Inshirah dan surah sebelumnya iaitu Surah Ad-Dhuha (Surah 94 dan 93).
Memetik pesanan Ustaz Nouman Ali Khan sewaktu program "Divine Speech" anjuran Al-Bayyinah Institute di London tempoh hari, perkongsian beliau sewaktu ceramah dan podcast hanya berperanan sebagai "pemanas minda" sahaja. Apa yang lebih diharapkan adalah semoga perkongsian daripada beliau, dengan izin Allah mampu membuka hati-hati kita untuk bertambah kecintaan kepada setiap huruf, ayat, intonasi, laras bahasa dan segala-galanya tentang Al-Qur'an. Paling penting, moga kecintaan ini menambahkan motivasi kita untuk sentiasa berusaha mempelajari ilmu Al-Qur'an, ameen.
Kedua-dua surah ini (Surah Ad-Dhuha dan Surah Al-Inshirah) amat dekat perkaitan dan hubungannya. Ketika zaman Nabi Muhammmad saw dahulu, sahabat baginda, Abdullah ibn Mas'ud ra pernah membaca kedua-dua surah ini dalam satu rakaat yang sama, berterusan tanpa ada kalimah basmalah antara kedua-duanyaa.
Terdapat beberapa hubungkait antara kedua-dua surah yang cuba dijelaskan oleh Ustaz Nouman Ali Khan melalui podcast beliau. Antara yang sempat dikongsi bersama sahabat-sahabat STAR++ adalah:
(i) Kedua-dua surah ini ditujukan khas buat Rasulullah SAW. Penggunaan 'ك' yang membawa maksud literal 'you' (kata ganti nama diri kedua) dalam kedua-dua ayat ini merujuk khusus kepada Rasulullah SAW.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (Al-Inshirah:1)
"Have We not opened your breast for you(Muhammad)"
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى (Ad-Dhuha:3)
"Our Lord has neither forsaken you nor hates you(Muhammad)"
Contoh surah-surah lain yang mengkhususkan Rasulullah SAW sebagai "target audience" adalah seperti Surah Al-Kauthar dan Surah An-Nasr.
(ii)Kedua-dua surah mengambil pendekatan "negative question" untuk meningkatkan rasa kehambaan dan kesyukuran kepada Allah SWT.
Contoh :
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
"Have We not opened your breast for you(Muhammad)?" (Al-Inshirah:1)
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى
"Did He not find you an orphan and gave you a refuge?" (Ad-Dhuha:6)
Ustaz Nouman mengibaratkan penggunaan "negative question" sebagai memberi soalan yang jawapannya sudah diketahui (soalan yang retorik). Kiranya, soalan ini bukanlah untuk dijawab tetapi lebih kepada menekankan hakikat sebenar dan hikmah kekuasaan Allah.
(iii) Kedua-dua surah membawa nada bahasa dan "tone" yang sama iaitu Allah menenangkan dan memberi kata-kata peransang kepada Rasulullah SAW.
(iv) Ayat-ayat terakhir kedua-dua surah memberi penekanan kepada nasihat buat seorang pendakwah/dai'e.
Contoh:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
"And proclaim the grace of your Lord." (Ad-Dhuha:11)
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ - وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
"So when you have finished, devote yourself to Allah's worship.And to your Lord turn intentions and hopes."(Al-Inshirah:7-8)
Ustaz Nouman menerangkan bahawa sebagai seorang dai'e, ada dua tugasan utama yang mana keseimbangan antara kedua-duanya amat penting untuk dicapai. Ayat terakhir Surah Ad-Dhuha menekankan peranan Rasulullah SAW untuk menyatakan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan Allah (dalam erti kata lain berdakwah kepada umat manusia). Menerusi dua ayat terakhir Surah Al-Inshirah, Allah menekankan kepentingan untuk Rasulullah SAW untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah (one-to-one ibadah) setelah melaksanakan tugasan dakwah kepada orang ramai. Pesanan ini juga ditujukan kepada para dai'e secara amnya. Jiwa seorang dai'e perlu sentiasa dibersihkan dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya di samping tugasan menyebarkan dakwah kepada umat manusia.
(v)
وَلَلاٌّخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الاٍّولَى
"And indeed the Hereafter is better for you than the present." (Ad-Dhuha:4)
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
"Verily, along with every hardship is relief" (Al-Inshirah:5)
Dalam terjemahan ayat 4 Surah Ad-Dhuha, Allah menjanjikan sesuatu yang 'better' manakala dalam Surah Al-Inshirah ayat 5, Allah menjanjikan 'relief'. Ustaz Nouman menerangkan 'relief'(kelegaan/kesenangan) sebagai satu tingkatan yang lebih besar daripada 'better'(lebih baik). Sesuatu yang lebih baik tidak semestinya memberi kelegaan/kesenangan kepada kita. Misalnya, jatuh sakit boleh jadi lebih baik daripada sihat (bergantung kepada situasi) kerana sakit mendidik jiwa untuk sabar dan inshaAllah membantu untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Tapi, kesakitan secara fitrahnya tidak membawa kesenangan kepada kita.
Ustaz Nouman cuba menghubungkaitkan kedua-dua konsep ini sebagai satu bentuk penenangan jiwa atau peransang yang positif kepada Nabi Muhammad SAW. Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan membawa kesenangan kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW.
(2) SLOT 2: Tajweed dan Makhraj
Seperti biasa, sebelum tadarrus dimulakan, saudari Fatimah terlebih dahulu akan membincangkan tentang tajweed dan makhraj. Kertas/soft copy makhraj (tempat keluar bunyi/tempat penghasilan bunyi) akan dikongsikan bersama kalian semua inshaAllah. Lebih mudah jika rujuk soft copy tersebut untuk ulangkaji di rumah.
Ustazah Fatimah mengajar makhraj dan tajweed melalui papan putih yang amat berjasa.
Tajweed: Ikhfa' Haqiqi. Saya sertakan link video cara bacaan Ikhfa' Haqiqi oleh Ustaz Abdullah Idris. Moga bermanfaat.
(3) SLOT 3: Taddarus
Alhamdulillah, para peserta STAR++ kali ini dibahagikan kepada 3 kumpulan. Ustazah Fatimah memantau di setiap kumpula untuk tolong mendengar, memperbetulkan bacaan dan menjawab sebarang persoalan terutamanya yang melibatkan cara bacaan.
Kali ini, STAR++ menerima kunjungan tetamu dari Nottingham Trent Uni iaitu saudari Ainnur, pelajar tahun akhir 'International Business'. Ahlan wa sahlan ya ukthi! :)
Gambar sekitar slot tadarrus:
Ustazah Fatimah mendengar dan memperbetulkan bacaan dengan penuh tekun
Chocolate brownies yang disediakan oleh saudari Nadiah. Jazakillahu khayr!
(gambar ihsan en google, gambar sebenar tidak sempat diambil kerana begitu cepat sekali habis ye)
Sedap sangat alhamdulillah!! =D
Kepada yang masih menempuh peperiksaan, Bittaufiq wannajah fil imtihan! Dan kepada yang sudah tamat, mari taddabur ayat 7-8 Surah Al-Inshirah:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ - وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
(7. So when you have finished, devote yourself to Allah's worship.) (8. And to your Lord turn intentions and hopes.)
Assalamualaikum semua. Jumpa lagi di STAR++ Episod 4 inshaAllah :)
No comments:
Post a Comment