Sunday 21 August 2011

21 Ramadhan 1432H-STAR day 21

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Sisters' Tadarus (STAR) yang bermula 1 Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, warga muslimat Nottingham telah meletakkan komitmen yang sangat tinggi terhadap STAR sepanjang keberlangsungannya. Semoga amalan-amalan diterima oleh Allah SWT. Tahniah diucapkan!

Dengan berakhirnya STAR, bermulalah lembaran baru bagi warga Muslimat Nottingham dalam usaha menjadi lebih baik pada hari esok berbanding hari ini dengan Sisters' Memorizing (STEM) yang akan bermula esok hari Insha Allah.

Semoga terus istiqamah!

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap." Asy-syarh 94:7,8.

1 comment:

  1. Assalamualaikum
    mashaallah,tahniah ana ucapkan atas usaha antum semua
    ana nak minta kebenaran gambar ini untuk digunakan untuk poster tadarus muslimat?
    ceria+colourfull+kepelbagaian jenis al-quran yang dipegang
    inshaallah poster ni ana akan letak di blok muslimat sahaja:)

    ReplyDelete